IKLAN

Monday, July 27, 2009

Sukan Remaja Pahang

Laporan Latihan Sukan Remaja Pahang
Tempat : Dewan Semantan, Temerloh Pahang Darul Makmur
Tarikh : 1- 18 Jun 2009
Sesi : 3 sesi sehari, pagi, petang,dan malam.
Pengurus: Ayub Bin Mahmod ( D 20081032652 )
Atlet : Samurouh Bin Razali ( D20081032659 )
Zaiton A/P A.Koang ()

Dua orang atlet dari kelab Pencak Upsi telah terpilih untuk mewakili daerah Temerloh dalam Kejohanan Sukan Remaja Pahang. Sehubungan itu kedua atlet ini telah melapor diri kepada Majlis Sukan Pahang ( MSP ) seorang pengurus dari kelab Pencak UPSI pada 1 jun untuk menjalani latihan pusat yang diadakan di Dewan Semantan Temerloh.
Pemilihan atlet ini secara tidak langsung telah mendatangkan pelbagai impak positif kepada Kelab Pencak UPSI secara amnya dan kepada atlet itu sendiri khasnya. Hal ini kerana kelab Pencak UPSI akan mengeksploitasikan teknik dan corak latihan yang diterapkan oleh jurulatih temerloh yang terdiri daripada jurulatih yang berpengalaman sebagai jurulatih negara dan juga merupakan bekas atlet negara.
Selain itu kedua pesilat kelab Pencak UPSI ini juga dapat meningkatkan kemahiran teknik, ketahanan fizikal serta pengalaman beraksi bersama pesilat yang telah mewakili negara. Hal ini dapat kita lihat melalui latihan yang amat keras yang meliputi aspek fizikal, mental,teknik dan taktik dalam silat olahraga. (sila rujuk lampiran untuk mengetahui jadual latihan.

No comments:

Post a Comment

Silakan Mengomentar majulah silat untuk Malaysia