IKLAN

Monday, July 27, 2009

Karnival Sukan Masum

LAPORAN PENGURUS

PENCAK SILAT UPSI MASUM 2009

16 MEI – 18 MEI 2009


Sepanjang menjalani kem latihan yang disediakan Pusat Sukan, antaranya dari segi latihan yang diberikan sepanjang kem ini berjalan. Kem ini mempunyai 3 sesi latihan iaitu sesi latihan bermula dari 6.45 pagi sehingga 8.30 pagi yang di ketuai oleh jurulatih. Sesi latihan yang kedua bermula jam 3.00 ptg sehingga jam 5.00 ptg. Sesi yang ketiga pula ialah bermula jam 8.00 mlm sehingga jam 10.00 mlm.

Sepanjang saya menjalankan tugasan saya sebagai pengurus didalam kem ini, saya dpat melihat peningkatan tahap prestasi atlet dalam setiap ujian kecergasan yang dijalankan seperti bleep test dan speed yang diuji kepada atlet bagi melihat tahap peningkatan atlet. Setiap latihan yang diberi dipantau oleh jurulatih yang berpengalaman.

Sesi latihan yang dijalankan amat memberi peningkatan dan nafas baru kepada setiap atlet yang akan bertanding ke MASUM 09 yang dijalankan di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah Darul Aman.



LAPORAN PENGURUS

PENCAK SILAT UPSI MASUM 09

19 MEI – 23 MEI 09


Pada 19. Mei.2009, pihak pengurusan dan jurulatih mengikuti taklimat dan undang-undang perlawanan yang di adakan di Dewan MAS. Taklimat yang dijalankan bagi membuat undian peserta bagi setiap kontinjen silat. Pasukan yang bertanding adalah seramai 18 pasukan yang terdiri dari silat olahraga dan silat seni yang akan dipertandingkan.

Pasukan Pencak Silat UPSI telah menghantar seramai 24 orang peserta termasuk pengurus dan jurulatih. Kategori yang disertai ialah Silat Olahraga(Lelaki)daripada kelas Putra A, Putra B, Putra C, Putra D, Putra E, Putra F, Putra G, Putra H dan Putra J. Bagi kategori Silat Olahraga (Perempuan) terdiri daripada kelas Putri A, Putri B, Putri C, dan Putri D. Bagi kategori Silat Seni terdiri daripada kelas Tunggal Putri, Ganda Putri, Regu Putri dan Regu Putra.

Sepanjang perlawanan Silat Olahraga dan Silat Seni, telah memperolehi kejayaan yang cemerlang ialaitu bagi kategori Silat Olahraga telah memperolehi 1 pinggat Gangsa dan 1 pinggat Emas dan 1 Perak?. Bagi kategori Silat Seni pula telah memperolehi 3 pinggat Gangsa.
Sepanjang perlawanan MASUM 09 ini berlangsung, tiada sebarang ketidakselesaan berlaku, semua perjalanan semasa MASUM 09 berjalan dengan lancar dan selamat. Kejayaan yang dibawa untuk Universiti amat membanggakan dengan memperolehi pinggat dan melepasi sasaran yang disasarkan bagi kelab Pencak Silat UPSI. Ini merupakan kejayaan yang cemerlang berbanding kejayaan yang sebelum ini yang memperolehi 5 pinggat iaitu 2 pinggat Emas, 1 Pinggat Perak dan 2 pinggat Gangsa. Pada kejohanan MASUM 09 pada kali ini Pencak Silat telah memperolehi 6 pinggat iaitu terdiri daripada 1pinggat Emas, 1 Perak dan 4 Gangsa.

Di harapkan pada kejohanan MASUM pada tahun depan dan kejohanan-kejohanan yang akan datang akan lebih cemerlang dan berwibawa. Ini merupakan cabaran dan harapan yang menggunung bagi membawa nama Universiti dan Kelab pencak Silat UPSI. Diharapkan kejayaan dan pengorbanan yang ikhlas akan membuahkan hasil yang mantap dan cemerlang.







No comments:

Post a Comment

Silakan Mengomentar majulah silat untuk Malaysia