IKLAN

Wednesday, July 22, 2009

Silat Olahraga


Silat olahraga atau nama lainnya tanding merupakan sebuah konsep yang diwujudkan bagi para pesilat beradu tenaga dan bertanding berpandukan kepada peraturan supaya permainan menjadi lebih adil dan selamat. Antara yang terlibat dalam mengasaskan silat olaharga pada ketika itu ialah Guru Anuar Wahab yang merupakan wakil kepada PESAKA (Persekutuan Silat Kebangsaan).

Di dalam setiap permainan silat olahraga hanya dua orang peserta dibenarkan bertanding. Kedua-dua pesilat akan memakai pakaian silat masing-masing beserta alat perlindungan yang ditetapkan. Mereka akan berusaha untuk mengutip mata di antara satu sama lain melalui serangan seperti tumbukan, sepakan, kuncian, sapuan ataupun jatuhan. Setiap permainan akan diadili oleh seorang wasit (pengadil) dan beberapa orang juri.

Silat olahraga memiliki keunikan dan kelebihannya yang tersendiri berbanding dengan seni mempertahankan diri yang lain. Untuk memenangi setiap permainan, para pesilat perlu menggunakan kebijaksanaan seiring dengan kekuatan bagi mematahkan setiap serangan lawan. Dalam erti kata lain, silat ini bukanlah diwujudkan sekadar untuk beradu tenaga semata-mata tetapi bagi melatih dan mempraktikkan segala kemahiran yang dipelajari oleh setiap pesilat agar dapat digunakan dengan baik. Silat olahraga kini telah banyak diangkat dan dipertandingkan dalam acara dan kejohanan yang bertaraf kebangsaan dan antarabangsa seperti Sukan Malaysia, Sukan Sea dan Kejohanan Pencak Silat Dunia.

No comments:

Post a Comment

Silakan Mengomentar majulah silat untuk Malaysia