IKLAN

Monday, July 27, 2009

aktiviti kelab pencak upsi januari-jun 2009

Kursus Wasit Juri dan Kejurulatihan.

1.0 TARIKH, HARI, MASA DAN TEMPAT

Tarikh : 12 Mac 2009 hingga 15 Mac 2009

19 Mac 2009 hingga 23 Mac 2009

Hari : Khamis hingga Ahad

Masa : Sesi pagi , petang dan malam

Tempat : Kampus Sultan Abdul Jalil Shah,

Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak.



2.0 TUJUAN

Tujuan Kursus Kepengadilan dan kejurulatihan Sukan Silat ini di jalankan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan , pengalaman dan sijil dari PESAKA, MSN dan juga penghargaan dari Kelab Pencak Silat. kerjasama dan sokongan daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni UPSI (JHEPA UPSI) ,Pusat Sukan UPSI , dan Majlis Perwakilan Pelajar UPSI (MPPUPSI) dan pihak yang terlibat amat memuaskan .


3.0 OBJEKTIF

3.1 Mewujudkan pembudayaan sukan dikalangan warga UPSI dan menggalakkan gaya hidup sihat.

3.2 Mempertingkatkan daya profesionalisme bakal guru hasil keluaran UPSI dalam mengurus dan menganjurkan sesuatu aktiviti seperti kursus atau kejohanan di sekolah disamping menyebarkan pengetahuan ke peringkat daerah, negeri dan negara.

3.3 Meluaskan pengetahuan dan menambahkan kemahiran bakal guru hasil keluaran UPSI dalam memahami tugas dan fungsi jawatankuasa yang diwujudkan dalam sesuatu pengelolaan atau penganjuran.

3.4 Membentuk sikap dan sahsiah bakal guru hasil keluaran UPSI ke arah yang lebih positif dan semangat berpasukan dalam menjalankan sesuatu aktiviti yang dilaksanakan.

3.5 Memberikan peluang kepada para pelajar berinteraksi secara sihat melalui kursus ini, agar dapat menjalinkan dan mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan warga UPSI.

3.6 Memupuk semangat dan kerjasama di kalangan warga UPSI di samping memberi peluang kepada mereka untuk menunjukkan kebolehan, kemahiran dalam kursus yang ini dilakasanakan.

3.7 Mendapat sijil yang bermutu tinggi dalam bidang kepengadilan dan kejurulatihan.

4.0 KELEBIHAN KURSUS

1. Antara kelebihan kursus kepengadilan dan kejurulatihan :

2. Yuran berpatutan iaitu satu kursus RM 50.00

3. Aspek masa ( syarat mengikut jam kredit latihan dilajankan)

4. Mendapat 5 sijil sekiranya peserta mengikuti 2 kursus (kepengadilan dan

kejurulatihan sukan silat) iaitu 2 sijil dari PESAKA, 2 dariKelab Pencak silat dan

1 dari MSN

5. Mendapat 2 helai baju yang

6. Mendapat 2 buku manual kepengadilan dan kejurulatihan dan juga cd


5.0 PESERTA

Peserta kursus yang menyertai ialah warga Universiti Pendidikan Sultan Idris yang berdaftar dengan Kelab Pencak Silat UPSI , warga Universiti Pendidikan Sultan Idris, Politeknik Engku Omar dan Politeknik Azlan Shah

  1. Jumlah Peserta Kursus Kepengadilan = 74 orang
  2. Jumlah Peserta Kursus Kejurulatihan = 83 orang

No comments:

Post a Comment

Silakan Mengomentar majulah silat untuk Malaysia