IKLAN

Tuesday, November 17, 2009

Pesilat pelapis tidak tersenarai
Oleh Asrol Awang

TIADA tempat buat pesilat pelapis yang cemerlang pada Kejohanan Silat Dalam Dewan di Hanoi, Vietnam, baru-baru ini, untuk beraksi pada Sukan Sea Vientiane di Laos, Disember ini.

Penyelaras Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka), Osman Nok berkata, ini kerana senarai 13 pesilat sudah disahkan dan tiada maklumat terkini menyenaraikan pesilat baru ke Laos nanti.

Menurutnya, setakat ini, Pesaka percaya dengan kemampuan 13 pesilat berkenaan yang dilihat berpotensi besar untuk menggenggam dua pingat emas.

“Sasaran dua emas itu dianggap tepat berdasarkan prestasi semasa dan komitmen pesilat dalam usaha mengekang ketangkasan pesilat Vietnam, Indonesia dan Singapura.





“Kecemerlangan itu bagi menebus kekecewaan pada Sukan Sea Korat, dua tahun lalu,” katanya, semalam.

Pada kejohanan di Hanoi itu, dua emas, satu perak dan lima gangsa diraih pesilat pelapis di Hanoi.

Lebih membanggakan, kejayaan itu memberi pendedahan berharga kepada mereka supaya lebih bersedia untuk menghadapi kejohanan lebih besar pada masa depan.

Pada kejohanan itu, emas disumbangkan menerusi Ahmad Saiful Lubis (gambar) dalam kelas Jurus Tunggal Putera serta Mohd Al Jufri Jamari (Putera E).

dipetik ( metro, november 18 )

No comments:

Post a Comment

Silakan Mengomentar majulah silat untuk Malaysia