IKLAN

Wednesday, February 3, 2010

Sunday, January 24, 2010

Persatuan pencak silat upsi
Dengan kerjasama Majlis sukan Universiti Malaysia
( MASUM ), PESAKA, KPTM, dan KBS.

Perhatian!!!!!!!!

Pengambilan ahli baru bagi

Kelebihan :

-Dapat memantapkan stamina serta mempelajari teknik yang betul dalam seni mempertahankan diri.
-Berkelayakan menyertai sukan antara universiti Malaysia (MASUM).
-Menyertai sukan antara universiti asia ( SUA) atau AUG
-Menyertai Open Universiti Di Seluruh Malaysia
-Menyertai Open UPSI dan Jemputan ASEANMenyertai SUKMA


Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi

Ayub Bin Mahmod 012- 5857380
Saiful Nizam 013 - 7047144



“ MAJULAH SILAT UNTUK SEMUA”

Wednesday, November 18, 2009

KEJOHANAN SILAT TERTUTUP DAN JEMPUTAN
POLITEKNIK KOTA BHARU
Tempat: Politeknik Kota Bharu
Tarikh : 9-11 oktober 2009
Laporan
Pada 9 hingga 11 Oktober 2009 Kelab Pencak UPSI telah menghantar satu team silat ke Kejohanan Silat Tertutup Dan Jemputan PKB di Kelantan. Kontijen Kelab Pencak ini seramai 10 pesilat yang terdiri daripada enam orang pesilat lelaki dan empat orang pesilat wanita. Kelab Pencak Silat UPSI telah menyertai enam ketegori silat olahraga iaitu kelas A Putra, B Putra, D Putra, E Putra, F Putra dan H Putra. Manakala bagi silat seni Kelab Pencak UPSI menyertai ketegori Jurus Tunggal Putri dan Jurus Wajib Putri.
Kejohanan ini telah berakhir dengan Kelab Pencak UPSI menduduki tempat kedua keseluruhan walaupun hanya menghantar pasukan yang kecil dengan mengondol enam pinggat emas dari lapan acara yang disertai.
Berikut senarai pinggat emas yang berjaya diraih oleh team silat UPSI :
1) Kelas A Putra - Lokman
2) Kelas E Putra - Faiz
3) Kelas F Putra - Sofi
4) Kelah H Putra - Mohd Fairuz
5) Jurus Tunggal Putri – Nor Idayu
6) Jurus Wajib Putri - Dayah, Ema dan Azie





Disediakan Oleh : Ayub Bin Mahmod

Tuesday, November 17, 2009

Pesilat pelapis tidak tersenarai
Oleh Asrol Awang

TIADA tempat buat pesilat pelapis yang cemerlang pada Kejohanan Silat Dalam Dewan di Hanoi, Vietnam, baru-baru ini, untuk beraksi pada Sukan Sea Vientiane di Laos, Disember ini.

Penyelaras Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka), Osman Nok berkata, ini kerana senarai 13 pesilat sudah disahkan dan tiada maklumat terkini menyenaraikan pesilat baru ke Laos nanti.

Menurutnya, setakat ini, Pesaka percaya dengan kemampuan 13 pesilat berkenaan yang dilihat berpotensi besar untuk menggenggam dua pingat emas.

“Sasaran dua emas itu dianggap tepat berdasarkan prestasi semasa dan komitmen pesilat dalam usaha mengekang ketangkasan pesilat Vietnam, Indonesia dan Singapura.





“Kecemerlangan itu bagi menebus kekecewaan pada Sukan Sea Korat, dua tahun lalu,” katanya, semalam.

Pada kejohanan di Hanoi itu, dua emas, satu perak dan lima gangsa diraih pesilat pelapis di Hanoi.

Lebih membanggakan, kejayaan itu memberi pendedahan berharga kepada mereka supaya lebih bersedia untuk menghadapi kejohanan lebih besar pada masa depan.

Pada kejohanan itu, emas disumbangkan menerusi Ahmad Saiful Lubis (gambar) dalam kelas Jurus Tunggal Putera serta Mohd Al Jufri Jamari (Putera E).

dipetik ( metro, november 18 )

Monday, July 27, 2009

SUPER PERAK

Kejohanan Sukan Remaja Pahang

Majlis Sukan Pahang( MSP ) dengan kerjasama Persekutuan Silat kebangsaan telah menjemput dua orang ahli Kelab Pencak UPSI yang telah berjaya dalam kursus wasit juri yang baru dianjurkan oleh Kelab Pencak UPSI bagi menjadi wasit Juri pada kejohanan Sukan Remaja Pahang.

Kedua orang ahli kelab Pencak UPSI itu ialah Ayub B. Mahmod pelajar semester 2 pendidikan sejarah dan Nor Idayu bte Mohamad pelajar semester 6 Sains Sukan.

Kejayaan Kelab Pencak Upsi ini yang mampu menarik minat Majlis Sukan Pahang untuk mengunakan khidmat wasit juri yang dilahirkan dari Kelab Pencak UPSI membuktikan bahawa Kelab Pencak UPSI merupakan sebuah kelab yang begitu berwawasan dan berdaya saing

Kejohanan Sukan Remaja Pahang

Tarikh : 20 - 25 jun 09

Tempat : UITM Jengka, Pahang

Seramai 2 orang ahli Kelab Pencak Upsi telah menyertai kejohanan Sukan Remaja Pahang bagi ketogeri Silat olahraga iaitu Samurouh bin Razali bagi kelas H putra dan zaiton A/P A.koang bagi kelas A Putri.

Kedua-dua pesilat dari kelab pencak UPSI ini telah berjaya memperolehi pingat iaitu satu pingat emas yang disumbangkan oleh Zaiton A/P A.Koang bagi kelas A Putri dan pingat gangsa oleh Samurouh b. razali bagi kelas H Putra.

Kejayaan ini telah membuktikan Kelab Pencak UPSI telah berjaya melahirkan pesilat yang cemerlang