IKLAN

Monday, July 27, 2009

SUPER PERAK

Kejohanan Sukan Remaja Pahang

Majlis Sukan Pahang( MSP ) dengan kerjasama Persekutuan Silat kebangsaan telah menjemput dua orang ahli Kelab Pencak UPSI yang telah berjaya dalam kursus wasit juri yang baru dianjurkan oleh Kelab Pencak UPSI bagi menjadi wasit Juri pada kejohanan Sukan Remaja Pahang.

Kedua orang ahli kelab Pencak UPSI itu ialah Ayub B. Mahmod pelajar semester 2 pendidikan sejarah dan Nor Idayu bte Mohamad pelajar semester 6 Sains Sukan.

Kejayaan Kelab Pencak Upsi ini yang mampu menarik minat Majlis Sukan Pahang untuk mengunakan khidmat wasit juri yang dilahirkan dari Kelab Pencak UPSI membuktikan bahawa Kelab Pencak UPSI merupakan sebuah kelab yang begitu berwawasan dan berdaya saing

Kejohanan Sukan Remaja Pahang

Tarikh : 20 - 25 jun 09

Tempat : UITM Jengka, Pahang

Seramai 2 orang ahli Kelab Pencak Upsi telah menyertai kejohanan Sukan Remaja Pahang bagi ketogeri Silat olahraga iaitu Samurouh bin Razali bagi kelas H putra dan zaiton A/P A.koang bagi kelas A Putri.

Kedua-dua pesilat dari kelab pencak UPSI ini telah berjaya memperolehi pingat iaitu satu pingat emas yang disumbangkan oleh Zaiton A/P A.Koang bagi kelas A Putri dan pingat gangsa oleh Samurouh b. razali bagi kelas H Putra.

Kejayaan ini telah membuktikan Kelab Pencak UPSI telah berjaya melahirkan pesilat yang cemerlang

Kejohanan Sukan Remaja Pahang

Tarikh : 20 - 25 jun 09

Tempat : UITM Jengka,

Sukan Remaja Pahang

Laporan Latihan Sukan Remaja Pahang
Tempat : Dewan Semantan, Temerloh Pahang Darul Makmur
Tarikh : 1- 18 Jun 2009
Sesi : 3 sesi sehari, pagi, petang,dan malam.
Pengurus: Ayub Bin Mahmod ( D 20081032652 )
Atlet : Samurouh Bin Razali ( D20081032659 )
Zaiton A/P A.Koang ()

Dua orang atlet dari kelab Pencak Upsi telah terpilih untuk mewakili daerah Temerloh dalam Kejohanan Sukan Remaja Pahang. Sehubungan itu kedua atlet ini telah melapor diri kepada Majlis Sukan Pahang ( MSP ) seorang pengurus dari kelab Pencak UPSI pada 1 jun untuk menjalani latihan pusat yang diadakan di Dewan Semantan Temerloh.
Pemilihan atlet ini secara tidak langsung telah mendatangkan pelbagai impak positif kepada Kelab Pencak UPSI secara amnya dan kepada atlet itu sendiri khasnya. Hal ini kerana kelab Pencak UPSI akan mengeksploitasikan teknik dan corak latihan yang diterapkan oleh jurulatih temerloh yang terdiri daripada jurulatih yang berpengalaman sebagai jurulatih negara dan juga merupakan bekas atlet negara.
Selain itu kedua pesilat kelab Pencak UPSI ini juga dapat meningkatkan kemahiran teknik, ketahanan fizikal serta pengalaman beraksi bersama pesilat yang telah mewakili negara. Hal ini dapat kita lihat melalui latihan yang amat keras yang meliputi aspek fizikal, mental,teknik dan taktik dalam silat olahraga. (sila rujuk lampiran untuk mengetahui jadual latihan.

Karnival Sukan Masum

LAPORAN PENGURUS

PENCAK SILAT UPSI MASUM 2009

16 MEI – 18 MEI 2009

Sepanjang menjalani kem latihan yang disediakan Pusat Sukan, antaranya dari segi latihan yang diberikan sepanjang kem ini berjalan. Kem ini mempunyai 3 sesi latihan iaitu sesi latihan bermula dari 6.45 pagi sehingga 8.30 pagi yang di ketuai oleh jurulatih. Sesi latihan yang kedua bermula jam 3.00 ptg sehingga jam 5.00 ptg. Sesi yang ketiga pula ialah bermula jam 8.00 mlm sehingga jam 10.00 mlm.

Sepanjang saya menjalankan tugasan saya sebagai pengurus didalam kem ini, saya dpat melihat peningkatan tahap prestasi atlet dalam setiap ujian kecergasan yang dijalankan seperti bleep test dan speed yang diuji kepada atlet bagi melihat tahap peningkatan atlet. Setiap latihan yang diberi dipantau oleh jurulatih yang berpengalaman.

Sesi latihan yang dijalankan amat memberi peningkatan dan nafas baru kepada setiap atlet yang akan bertanding ke MASUM 09 yang dijalankan di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah Darul Aman.

LAPORAN PENGURUS

PENCAK SILAT UPSI MASUM 09

19 MEI – 23 MEI 09

Pada 19. Mei.2009, pihak pengurusan dan jurulatih mengikuti taklimat dan undang-undang perlawanan yang di adakan di Dewan MAS. Taklimat yang dijalankan bagi membuat undian peserta bagi setiap kontinjen silat. Pasukan yang bertanding adalah seramai 18 pasukan yang terdiri dari silat olahraga dan silat seni yang akan dipertandingkan.

Pasukan Pencak Silat UPSI telah menghantar seramai 24 orang peserta termasuk pengurus dan jurulatih. Kategori yang disertai ialah Silat Olahraga(Lelaki)daripada kelas Putra A, Putra B, Putra C, Putra D, Putra E, Putra F, Putra G, Putra H dan Putra J. Bagi kategori Silat Olahraga (Perempuan) terdiri daripada kelas Putri A, Putri B, Putri C, dan Putri D. Bagi kategori Silat Seni terdiri daripada kelas Tunggal Putri, Ganda Putri, Regu Putri dan Regu Putra.

Sepanjang perlawanan Silat Olahraga dan Silat Seni, telah memperolehi kejayaan yang cemerlang ialaitu bagi kategori Silat Olahraga telah memperolehi 1 pinggat Gangsa dan 1 pinggat Emas dan 1 Perak?. Bagi kategori Silat Seni pula telah memperolehi 3 pinggat Gangsa.
Sepanjang perlawanan MASUM 09 ini berlangsung, tiada sebarang ketidakselesaan berlaku, semua perjalanan semasa MASUM 09 berjalan dengan lancar dan selamat. Kejayaan yang dibawa untuk Universiti amat membanggakan dengan memperolehi pinggat dan melepasi sasaran yang disasarkan bagi kelab Pencak Silat UPSI. Ini merupakan kejayaan yang cemerlang berbanding kejayaan yang sebelum ini yang memperolehi 5 pinggat iaitu 2 pinggat Emas, 1 Pinggat Perak dan 2 pinggat Gangsa. Pada kejohanan MASUM 09 pada kali ini Pencak Silat telah memperolehi 6 pinggat iaitu terdiri daripada 1pinggat Emas, 1 Perak dan 4 Gangsa.

Di harapkan pada kejohanan MASUM pada tahun depan dan kejohanan-kejohanan yang akan datang akan lebih cemerlang dan berwibawa. Ini merupakan cabaran dan harapan yang menggunung bagi membawa nama Universiti dan Kelab pencak Silat UPSI. Diharapkan kejayaan dan pengorbanan yang ikhlas akan membuahkan hasil yang mantap dan cemerlang.

aktiviti kelab pencak upsi januari-jun 2009

Kursus Wasit Juri dan Kejurulatihan.

TARIKH:12 Mac 2009 hingga 15 Mac 2009 19 Mac 2009 hingga 23 Mac 2009

HARI:Khamis hingga Ahad

MASA: Sesi pagi , petang dan malam Tempat

TEMPAT: Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak.

1.0TUJUAN
Tujuan Kursus Kepengadilan dan kejurulatihan Sukan Silat ini di jalankan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan , pengalaman dan sijil dari PESAKA, MSN dan juga penghargaan dari Kelab Pencak Silat. kerjasama dan sokongan daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni UPSI (JHEPA UPSI) ,Pusat Sukan UPSI , dan Majlis Perwakilan Pelajar UPSI (MPPUPSI) dan pihak yang terlibat amat memuaskan .

2.0.OBJEKTIF
1.Mewujudkan pembudayaan sukan dikalangan warga UPSI dan menggalakkan gaya hidup sihat.

2. Mempertingkatkan daya profesionalisme bakal guru hasil keluaran UPSI dalam mengurus dan menganjurkan sesuatu aktiviti seperti kursus atau kejohanan di sekolah disamping menyebarkan pengetahuan ke peringkat daerah, negeri dan negara.

3. Meluaskan pengetahuan dan menambahkan kemahiran bakal guru hasil keluaran UPSI dalam memahami tugas dan fungsi jawatankuasa yang diwujudkan dalam sesuatu pengelolaan atau penganjuran.

4. Membentuk sikap dan sahsiah bakal guru hasil keluaran UPSI ke arah yang lebih positif dan semangat berpasukan dalam menjalankan sesuatu aktiviti yang dilaksanakan.

5.Memberikan peluang kepada para pelajar berinteraksi secara sihat melalui kursus ini, agar dapat menjalinkan dan mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan warga UPSI.

6. Memupuk semangat dan kerjasama di kalangan warga UPSI di samping memberi peluang kepada mereka untuk menunjukkan kebolehan, kemahiran dalam kursus yang ini dilakasanakan.

7.Mendapat sijil yang bermutu tinggi dalam bidang kepengadilan dan kejurulatihan.

3.0 KELEBIHAN KURSUS
Antara kelebihan kursus kepengadilan dan kejurulatihan :

1.Yuran berpatutan iaitu satu kursus RM 50.00

2. Aspek masa ( syarat mengikut jam kredit latihan dilajankan)

3. Mendapat 5 sijil sekiranya peserta mengikuti 2 kursus (kepengadilan dan kejurulatihan sukan silat) iaitu 2 sijil dari PESAKA, 2 dariKelab Pencak silat dan 1 dari MSN

4. Mendapat 2 helai baju.

5. Mendapat 2 buku manual kepengadilan dan kejurulatihan dan juga cd.

4.0PESERTA

Peserta kursus yang menyertai ialah warga Universiti Pendidikan Sultan Idris yang berdaftar dengan Kelab Pencak Silat UPSI , warga Universiti Pendidikan Sultan Idris, Politeknik Engku Omar dan Politeknik Azlan Shah Jumlah Peserta Kursus Kepengadilan = 74 orangJumlah Peserta Kursus Kejurulatihan = 83 orang

aktiviti kelab pencak upsi januari-jun 2009

Kursus Wasit Juri dan Kejurulatihan.

1.0 TARIKH, HARI, MASA DAN TEMPAT

Tarikh : 12 Mac 2009 hingga 15 Mac 2009

19 Mac 2009 hingga 23 Mac 2009

Hari : Khamis hingga Ahad

Masa : Sesi pagi , petang dan malam

Tempat : Kampus Sultan Abdul Jalil Shah,

Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak.

1.0 TUJUAN

Tujuan Kursus Kepengadilan dan kejurulatihan Sukan Silat ini di jalankan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan , pengalaman dan sijil dari PESAKA, MSN dan juga penghargaan dari Kelab Pencak Silat. kerjasama dan sokongan daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni UPSI (JHEPA UPSI) ,Pusat Sukan UPSI , dan Majlis Perwakilan Pelajar UPSI (MPPUPSI) dan pihak yang terlibat amat memuaskan .

1.0 OBJEKTIF

3.1 Mewujudkan pembudayaan sukan dikalangan warga UPSI dan menggalakkan gaya hidup sihat.

3.2 Mempertingkatkan daya profesionalisme bakal guru hasil keluaran UPSI dalam mengurus dan menganjurkan sesuatu aktiviti seperti kursus atau kejohanan di sekolah disamping menyebarkan pengetahuan ke peringkat daerah, negeri dan negara.

3.3 Meluaskan pengetahuan dan menambahkan kemahiran bakal guru hasil keluaran UPSI dalam memahami tugas dan fungsi jawatankuasa yang diwujudkan dalam sesuatu pengelolaan atau penganjuran.

3.4 Membentuk sikap dan sahsiah bakal guru hasil keluaran UPSI ke arah yang lebih positif dan semangat berpasukan dalam menjalankan sesuatu aktiviti yang dilaksanakan.

3.5 Memberikan peluang kepada para pelajar berinteraksi secara sihat melalui kursus ini, agar dapat menjalinkan dan mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan warga UPSI.

3.6 Memupuk semangat dan kerjasama di kalangan warga UPSI di samping memberi peluang kepada mereka untuk menunjukkan kebolehan, kemahiran dalam kursus yang ini dilakasanakan.

3.7 Mendapat sijil yang bermutu tinggi dalam bidang kepengadilan dan kejurulatihan.

2.0 KELEBIHAN KURSUS

1. Antara kelebihan kursus kepengadilan dan kejurulatihan :

2. Yuran berpatutan iaitu satu kursus RM 50.00

3. Aspek masa ( syarat mengikut jam kredit latihan dilajankan)

4. Mendapat 5 sijil sekiranya peserta mengikuti 2 kursus (kepengadilan dan

kejurulatihan sukan silat) iaitu 2 sijil dari PESAKA, 2 dariKelab Pencak silat dan

1 dari MSN

5. Mendapat 2 helai baju yang

6. Mendapat 2 buku manual kepengadilan dan kejurulatihan dan juga cd

2.0 TUJUAN

3.0 OBJEKTIF

4.0 KELEBIHAN KURSUS

5.0 PESERTA

Peserta kursus yang menyertai ialah warga Universiti Pendidikan Sultan Idris yang berdaftar dengan Kelab Pencak Silat UPSI , warga Universiti Pendidikan Sultan Idris, Politeknik Engku Omar dan Politeknik Azlan Shah

  1. Jumlah Peserta Kursus Kepengadilan = 74 orang
  2. Jumlah Peserta Kursus Kejurulatihan = 83 orang

aktiviti kelab pencak upsi januari-jun 2009

Kursus Wasit Juri dan Kejurulatihan.

1.0 TARIKH, HARI, MASA DAN TEMPAT

Tarikh : 12 Mac 2009 hingga 15 Mac 2009

19 Mac 2009 hingga 23 Mac 2009

Hari : Khamis hingga Ahad

Masa : Sesi pagi , petang dan malam

Tempat : Kampus Sultan Abdul Jalil Shah,

Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak.

1.0 TUJUAN

Tujuan Kursus Kepengadilan dan kejurulatihan Sukan Silat ini di jalankan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan , pengalaman dan sijil dari PESAKA, MSN dan juga penghargaan dari Kelab Pencak Silat. kerjasama dan sokongan daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni UPSI (JHEPA UPSI) ,Pusat Sukan UPSI , dan Majlis Perwakilan Pelajar UPSI (MPPUPSI) dan pihak yang terlibat amat memuaskan .

1.0 OBJEKTIF

3.1 Mewujudkan pembudayaan sukan dikalangan warga UPSI dan menggalakkan gaya hidup sihat.

3.2 Mempertingkatkan daya profesionalisme bakal guru hasil keluaran UPSI dalam mengurus dan menganjurkan sesuatu aktiviti seperti kursus atau kejohanan di sekolah disamping menyebarkan pengetahuan ke peringkat daerah, negeri dan negara.

3.3 Meluaskan pengetahuan dan menambahkan kemahiran bakal guru hasil keluaran UPSI dalam memahami tugas dan fungsi jawatankuasa yang diwujudkan dalam sesuatu pengelolaan atau penganjuran.

3.4 Membentuk sikap dan sahsiah bakal guru hasil keluaran UPSI ke arah yang lebih positif dan semangat berpasukan dalam menjalankan sesuatu aktiviti yang dilaksanakan.

3.5 Memberikan peluang kepada para pelajar berinteraksi secara sihat melalui kursus ini, agar dapat menjalinkan dan mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan warga UPSI.

3.6 Memupuk semangat dan kerjasama di kalangan warga UPSI di samping memberi peluang kepada mereka untuk menunjukkan kebolehan, kemahiran dalam kursus yang ini dilakasanakan.

3.7 Mendapat sijil yang bermutu tinggi dalam bidang kepengadilan dan kejurulatihan.

2.0 KELEBIHAN KURSUS

1. Antara kelebihan kursus kepengadilan dan kejurulatihan :

2. Yuran berpatutan iaitu satu kursus RM 50.00

3. Aspek masa ( syarat mengikut jam kredit latihan dilajankan)

4. Mendapat 5 sijil sekiranya peserta mengikuti 2 kursus (kepengadilan dan

kejurulatihan sukan silat) iaitu 2 sijil dari PESAKA, 2 dariKelab Pencak silat dan

1 dari MSN

5. Mendapat 2 helai baju yang

6. Mendapat 2 buku manual kepengadilan dan kejurulatihan dan juga cd

Saturday, July 25, 2009

Silat tanpa ilmu batin

Kemunculan pelbagai jenis seni mempertahankan diri di negara ini menyaksikan silat semakin bergelut untuk terus dipraktikkan oleh generasi muda. Bagaimanapun, perkembangannya di peringkat Nusantara dan dunia nyata lebih membanggakan.

"TIDAK akan Melayu hilang di dunia." Demikian kata-kata hikmat yang keluar dari mulut Laksmana Hang Tuah.

Pahlawan yang menjadi legenda dalam sejarah Melayu itu merupakan seorang yang memiliki pelbagai ilmu persilatan yang tinggi tanpa tolok bandingnya.

Hakikatnya, silat bukan hanya ilmu mempertahankan diri tetapi dianggap sebagai lambang keperibadian bangsa dan seni budaya Melayu yang sudah sebati sejak zaman dahulu lagi.

Seni mempertahankan diri itu juga memainkan peranan yang cukup besar untuk membentuk angkatan pertahanan negara sejak kerajaan Melayu Langkasuka, Gangga Negara, Champa, Kemboja, Patani, Beruas, Minangkabau, Srivijaya, Majapahit, Melaka dan lain-lain negeri yang terletak di dalam Kepulauan Melayu, Nusantara.

Fakta sejarah menceritakan, Sultan Muhammad Shah (Sultan Melaka Ketiga) pernah melantik seorang rakyat Champa sebagai pegawai kanan istana kerana memiliki kemahiran dalam ilmu persilatan.

Sehingga kurun ke-19, pendidikan silat terus berkembang dan berjaya melahirkan ramai pemimpin perang Melayu untuk menentang penjajah seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, Datuk Sago, Tok Janggut, Raja Haji, Mat Salleh dan sebagainya.

Pada zaman pemerintahan komunis pula, dipertemukan dengan tokoh seperti Kiai Salleh, Kiai Osman, Kiai Shamsuddin Abbas dan sebagainya.

Pada zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, ilmu persilatan tetap disampaikan kepada masyarakat melalui pendidikan silat gelanggang bangsal yang dikendalikan oleh guru-guru silat yang mahir.

Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, terdapat ratusan aliran perguruan silat di Malaysia.

PESILAT Malaysia, Emy Latip (kiri) melepaskan tendangan ke arah pesilat Vietnam, Nguyen Thi Nhu Quynh di Kuala Terengganu.

Bagi tujuan membina, menyusun dan mengurus dengan baik, kerajaan telah mengarahkan pengamal-pengamal silat mewujudkan persatuan dan didaftarkan.

Usaha itu telah melahirkan Majlis Seni Silat Malaysia pada tahun 1983 sebelum ditukar kepada Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), tiga tahun kemudian.

Pesaka dianggotai oleh empat persatuan silat iaitu Seni Gayung Fatani Malaysia, Silat Seni Gayung Malaysia, Silat Lincah Malaysia dan Silat Cekak Malaysia.

Sementara itu, perguruan silat lain menjadi anggota Pesaka negeri yang diwujudkan di setiap negeri.

Kini, silat yang suatu masa dahulu hanya diamalkan oleh dunia Melayu di rantau ini telah berkembang dengan meluasnya sehingga ke seluruh pelosok dunia.

Melalui Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (Persilat), silat terus mengembara ke serata dunia menerusi penganjuran pertandingan seperti Kejuaraan Pencak Silat Sedunia, Sukan SEA dan Kejuaraan Pencak Silat Eropah

Bagaimanapun, silat untuk tujuan pertandingan tidak boleh menggunakan unsur-unsur ilmu kebatinan.

Yang Dipertua Persatuan Seni Silat Negeri Terengganu (Pesilat), Datuk Zubir Embong berkata, silat harus memainkan peranan serampang dua mata.

"Kita perlu melihat silat dalam dua konteks yang berbeza iaitu bagi tujuan penyuburan budaya bangsa Melayu dan kemajuan sukan.

"Jika ia hanya menjadi ilmu mempertahankan diri, ia akan mendatangkan kebosanan kepada pengamal-pengamal silat," katanya ketika ditemui Kosmo! pada Kejuaraan Pencak Silat Jemputan ASEAN Pertama Terengganu-Malaysia 2009 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, Kuala Terengganu baru-baru ini. Kejuaraan itu telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Datuk Abdul Rahin Said.

SENI mempertahankan diri silat tetap subur di negara ini.

Zubir berkata, silat akan terus berkembang di negara ini meskipun seni mempertahankan diri itu mengalami transformasi dalam aspek peranan dan makna sosiobudaya Melayu. Katanya, transformasi itu perlu agar ia sesuai dengan peredaran zaman dan keperluan masyarakat.

Sehingga hari ini, masih terdapat banyak pusat perguruan yang mengajar ilmu persilatan kepada individu yang berminat termasuk remaja.

Bagaimanapun, guru-guru silat hari ini tidak lagi mengajar ilmu-ilmu kebatinan seperti mana yang diamalkan oleh tokoh-tokoh perjuangan pahlawan Melayu zaman dahulu.

Guru-guru silat hari ini lebih banyak tertumpu pada ilmu persilatan untuk tujuan pertandingan.

Hari ini juga menyaksikan seni mempertahankan diri yang menjadi tradisi orang Melayu akan dikuasai negara-negara yang tidak mempunyai latar belakang ilmu persilatan.

Buktinya, Vietnam kini muncul sebagai satu kuasa baru dalam sukan silat yang suatu ketika dahulu hanya dikuasai oleh negara seperti Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei.

Mengulas lanjut, Zubir berkata, ada kemungkinan seni budaya masyarakat Melayu ini akan hilang identitinya jika tiada tindakan segera diambil oleh pemimpin-pemimpin negara.

Di Singapura, silat lebih diminati berbanding seni mempertahankan diri yang lain seperti taekwondo dan karate.

Pengurus dan Jurulatih Pasukan Silat Singapura, Abdul Raziz Mohd. Hussain, 54, berkata, setakat ini program pembangunan silat di negara itu berjalan lancar.

Selain mendapat peruntukan kerajaan, pengamal-pengamal pusat perguruan silat di Singapura juga aktif menjalankan tanggungjawab mereka untuk menanam minat generasi muda terhadap silat.

ABDUL Rahin memukul gong bagi merasmikan Kejuaraan Pencak Silat Jemputan ASEAN Pertama di Kuala Terengganu.

Katanya, terdapat lebih daripada 30 pusat perguruan yang aktif di negara itu.

Bagaimanapun, Singapura juga berdepan dengan senario yang sama dengan Malaysia apabila menghadapi kesukaran untuk melahirkan pesilat yang hebat bagi mengekang penguasaan Vietnam.

"Sistem pendidikan di Singapura menjadi faktor utama yang menghalang usaha kami untuk melahirkan pesilat yang baik di peringkat antarabangsa.

"Selalunya, pesilat-pesilat di Singapura lebih banyak memberi tumpuan terhadap pelajaran sebaik sahaja mencapai usia 17 tahun," katanya.

Bagaimanapun katanya, silat tetap akan subur di Singapura selagi wujudnya pusat-pusat perguruan yang mengambil inisiatif sendiri untuk mengajar ilmu persilatan.

Sementara itu, di Brunei, silat masih lagi menjadi amalan masyarakat Melayu di negara itu.

Pengurus Pasukan Silat Brunei, Mohd. Rushdi Abdullah berkata, silat masih menjadi antara seni mempertahankan diri nombor satu di Brunei.

"Prestasi pasukan silat kami semakin menunjukkan peningkatan selepas kami menerima sentuhan jurulatih dari Indonesia pada tahun 2008 lalu.

"Silat yang diajar kini tidak menonjolkan ilmu kebatinan kerana dalam pertandingan, pesilat perlu mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan," katanya.

Mohd. Rushdi berkata, orang Melayu di rantau Nusantara tetap akan menguasai ilmu persilatan meskipun silat telah tersebar luas ke Eropah.

Katanya, berbanding negara-negara yang tidak mempunyai latar belakang silat yang hanya belajar untuk tujuan pertandingan, negara-negara di kepulauan Melayu Nusantara belajar silat untuk mempertahankan ilmu kepahlawanan atau seni perang Melayu ini.

Sumber: Kosmo Online!